Benarkah Ismail Sabri Ada RM710 Juta?

 

Benarkah Ismail Sabri Ada RM710 Juta?

Ismail Sabri sekali lagi hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Ia berkaitan dengan siasatan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa yang membabitkan duit tunai dan aset bernilai lebih dari RM170 juta.

Beliau dilihat tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM pukul 9.57 pagi semalam.

Ini adalah kali kelima Ismail Sabri dipanggil SPRM untuk diambil keterangan sebagai suspek utama.

Di jangka siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri akan mendedahkan banyak lagi misteri lain.

Yang akan terjawab melibatkan beberapa kes rasuah beliau.

SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa saksi lain.

Ia bagi membantu siasatan dalam kes empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri.

Persoalannya siapa saksi-saksi itu?

Adakah Nazimah dan Datuk Arman?

Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Sulit PM9.

Khabar angin bertiup kencang beliau dikatakan mengumpul dana pilihan raya selain Mohammad Anuar (SUPOL) dan Syed Mohd Fazmi Bin Sayid Mohd (SUPOL).

Siapa Nazimah?

Nazimah adalah isteri kepada Shuhaimi Nasir Ahli Parlimen Libaran yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah.

Beliau dikatakan antara pemimpin UMNO Sabah yang mendapat dana ratusan juta daripada Ismail Sabri dengan bantuan Nazimah.

Pernah tular sebelum ini Nazimah melarikan diri ke London.

Namun telah kembali dan sekarang tinggal di Sabah bersama suami beliau, Shuhaimi Nasir.

Untuk rekod, Nazimah adalah adik kepada Pengarah Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, di era Ismail Sabri.

Beliau pernah dikaitkan dengan kematian Teoh Beng Hock.

Sudah tiba masanya SPRM panggil Nazimah.

Terutama untuk dapatkan di mana dana projek Poster Boy Ismail Sabri disimpan.

Ratusan juta ringgit dikatakan masih berada ditangan Nazimah.

Sebahagian dana Mohammad Anuar telah dirampas.

Kini dana di tangan Nazimah, Suhaimi dan baki yang ada pada Arman perlu dicari.

Sumber mendakwa, jumlah keseluruhan dana yang di selewengkan di jangka melebihi RM700 juta.

Sekiranya dakwaan ini benar, maka rampasan yang bernilai RM170 hanyalah ibarat a tip of the iceberg.

Banyak lagi yang perlu dibongkar dan dirampas oleh SPRM.

Setiap sen dana rakyat yang diselewengkan walau atas nama apa pun, mesti dikembalikan kepada rakyat.

Similar Posts