Politik BERSIH Dalam SPR Zoe Randhawa Bocorkan Maklumat Sulit SPR

Politik BERSIH Dalam SPR: Zoe Randhawa Bocorkan Maklumat Sulit SPR?

Dalam artikel yang bertajuk Politik BERSIH Dalam SPR (1), admin mendedahkan bagaimana BERSIH cuba menguasai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ada beberapa soalan yang admin terima dari pembaca mengenai apa relevannya artikel tersebut dengan politik terkini negara.

Jawapan admin adalah, Suruhanyaya Pilihan Raya (SPR) adalah entiti terpenting dalam menentukan proses pengundian yang bersih dalam pilihan raya.

SPR juga berperanan untuk menentukan dan mengesahkan kemenangan calon dan parti dalam satu-satu pilihanraya.

Dengan kemenangan ini, ianya menjadi penentuan sama ada sesebuah parti itu menjadi kerajaan atau pembangkang.

Dan peranan ini dimainkan oleh ahli Suruhanjaya Pilihan Raya yang diberikan kuasa oleh YDP Agong.

Oleh itu amat penting sekali untuk kita memantau agar tidak ada politik dalam politik di kalangan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kita mesti memastikan, tidak ada ahli Suruhanjaya Pilihan Raya yang mempunyai agenda tersembunyi atau agenda peribadi.

Setiap maklumat rahsia Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh didedahkan walau atas apa alasan sekali pun.

Ianya tercatat dengan jelas dalam Perkara 9(1) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 (Akta 31).

Zoe Randhawa Langgar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya?

Terdapat laporan mengenai Zoe Randhawa yang didakwa telah membocorkan atau menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membocorkan maklumat rahsia.

Sekiranya mahu menyiarkan maklumat tersebut, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya tersebut MESTI mendapatkan kebenaran dari YDP Agong.

Gagal berbuat demikian, sekiranya sabit kesalahan, boleh dihukum tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Politik BERSIH Dalam SPR (1)

Siapa Zoe Randhawa?

 Beliau telah dilantik oleh YDP Agong sebagai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahun 2018.

Oleh kerana ahli Suruhanjaya Pilihan Raya adalah dianggap sebagai penjawat awam, maka beliau hanya akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2054.

Bagi kita, itu tidak menjadi masalah.

tetapi yang menjadi masalahnya adalah beliau kini sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Pentadbiran Awam di peringkat Ijazah Sarjana.

Adakah pengajian beliau mempunyai kaitan dengan status beliau sebagai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?

Dari Borang Persetujuan Kajian Pegawai Pengurus, jelas menunjukkan, pengajian beliau berkaitan secara langsung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Adalah sangat mustahil, dalam kajian tersebut, Zoe Randhawa tidak membocorkan apa-apa maklumat rahsia Suruhanjaya Pilihan Raya.

Persoalan yang lebih besar timbul di sini.

Adakah ketika menggunakan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya, Zoe Randhawa sudah mendapatkan perkenan dari YDP Agong?

Kerana menurut Perkara 9(1) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 (Akta 31), ahli Suruhanjaya Pilihan Raya MESTI mendapatkan perkenan dari YDP Agong sebelum menyiarkan apa-apa maklumat.

Zoe Randhawa mesti tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Kerana berdiam diri bukanlah pilihan.

Dengarkan artikel ini dalam format audio:

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami Di:

Similar Posts