Ismail Haniyeh Terbunuh Di Iran
Kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan, pemimpin utama mereka Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran.
Pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh.
Beliau dikatakan terbunuh dalam serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran.
“Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan kita, syahid dalam serangan Zionis di ibu pejabatnya di Tehran selepas beliau menyertai pelantikan presiden baharu,” menurut kenyataan tersebut.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
Tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Haniyeh dan pemimpin Hamas yang lain.
Kerajaan Iran belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pembunuhan tersebut.
Setakat ini belum ada lagi kenyataan yang memberikan butiran tentang bagaimana Haniyeh dibunuh.
Televisyen negara Iran melaporkan kematiannya pada awal Rabu dan penganalisis sudah mula menyalahkan Israel atas serangan itu.
Israel juga tidak segera mengakui atau menafikan bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut.
Ia seperti mana yang biasa mereka lakukan sekiranya membabitkan pembunuhan yang dilakukan oleh agensi perisikan Mossad mereka.
Tetapi Israel diketahui sedang menjalankan kempen cubaan membunuh selama bertahun-tahun.
Mereka menyasarkan saintis nuklear Iran dan lain-lain yang berkaitan dengan program atomnya.
Sejak berlaku peperangan Palestin/Israel, negara pengganas tersebut telah membunuh lebih daripada 39,360 rakyat Palestin.
Dan mencederakan lebih daripada 90,900, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Dengan pembunuhan Ismail Haniyeh, hubungan Israel dengan negara-negara Arab dijangka akan menjadi lebih tegang.
Tambahan lagi, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, sudah bersetuju untuk Turkiye campurtangan.
Dengarkan artikel ini dalam bentuk audio: