Pucuk Muda Cuba 'Adjust' Maria Farida

 

Pucuk Muda Cuba ‘Adjust’ Maria Farida

Maria Farida Atienza atau lebih dikenali dengan panggilan glamor Maria Farida memang dikenali sebagai selebriti yang jelita.

Walau pun sudah berusia lebih dari 50 tahun, namun kejelitaan Maria Farida masih lagi menarik perhatian.

Maria kini sudah pun mendirikan rumahtangga buat kelai kedua dengan lelaki pihan hati beliau, Rahman Sakur.

Namun begitu, Maria Farida masih lagi menerima godaan dari lelaki berhidung belang, termasuk dari pucuk muda.

Namun sebagai seorang isteri, Maria Farida tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta.

“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.”

“Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang tawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan.”

“Saya bahagia dan tak perlukan semua itu.”

“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu.”

“Biasalah, mereka nak ajak dating, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” ujar Maria Farida sambil tersenyum.

Maria Farida mendirikan rumah tangga dengan Rahman pada November 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum perkahwinan dengan Rahman, Maria pernah mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Maria Farida dikurniakan seorang anak lelaki, Mizan Ashley, bersama bekas suaminya.

Mereka mendirikan rumahtangga kali pertama pada 1999 sebelum bercerai pada tahun 2005.

Pada tahun 2016, Maria Farida pernah menggemparkan industri seni tanah air apabila memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas suami beliau.

Tindakan tersebut diambil kerana Maria Farida mendakwa beliau telah difitnah oleh isteri bekas suami beliau, Hadijah atau Karen Rayyan.

Beliau menang dalam saman fitnah tersebut.

Mahkamah mengarahkan isteri bekas suami beliau, Hadijah dan anak perempuannya, Nur Shazleen Anis membayar RM400,00 kepada Maria Farida.

Kita mendoakan agar Maria Farida kuat mengharungi godaan dari lelaki berhidung belang dan rumahtangga beliau kekal hingga akhir hayat.

 

Dengar artikel ini dalam format audio:

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami Di:

Similar Posts